Cool Blue Outer Glow Pointer

Rabu, 29 Desember 2010

Sinopsis Spiderman 3

 Spiderman 3





http://www.platformnation.com/wp-content/uploads/2010/09/spiderman-3.jpg






KISAH bermula dengan kehidupan aman Peter Parker atau Spider-Man yang setia bersama kekasihnya, MJ. Pada ketika yang sama, bekas rakan karibnya, Harry Osborn, masih menyimpan dendam pada Peter yang dianggap sebagai penyebab kematian bapanya.

Dalam satu pergelutan antara Harry yang kini dikenali sebagai New Goblin dan Peter, Harry tercedera dan hilang ingatan. Dia hanya mengingati peristiwa yang berlaku beberapa ketika sebelum insiden itu. Perkhabaran itu memberikan sedikit kelegaan kepada Peter yang mahu mengukuhkan kembali persahabatan.

MJ menghadapi krisis tersendiri apabila dia dibuang daripada sebuah pementasan,tetapi wanita itu menyembunyikannya daripada pengetahuan Peter tetapi mengadu masalah kepada Harry. Peter pula mula rapat dengan seorang gadis sekelasnya, Gwen Stacy. Keadaan itu membuatkan MJ, berasa curiga pada kesetiaan Peter. Harry yang mendapat semula memorinya, menggunakan kesempatan itu untuk menyakitkan hati Peter.

Sementara itu, seorang penjenayah, Flint Marko, yang diburu kerana kesilapan masa lalu melepaskan diri daripada penjara bagi menyelamatkan nyawa anak perempuannya. Dalam usaha mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa, dia terjatuh ke dalam kawah ujian yang merubah dirinya kepada lelaki pasir atau Sandman.

Flint juga kini menjadi buruan Peter apabila dia mengetahui lelaki itulah yang sebenarnya membunuh bapa saudaranya, Ben. Peter turut menjadi lelaki yang pendendam, ego dan pemarah apabila dia diselubungi sejenis simbion asing.Kerana kemarahannya, dia mencipta permusuhan dengan jurugambar bebas, Eddie Brock, yang kemudian bertukar rupa kepada Venom. Sekarang, ketika Peter berhadapan dengan permasalahan sendiri, Sandman dan Venom berpakat untuk menghancurkan Spider-Man, yang sering menghalang impian mereka.


ImageShack, share photos of spiderman 3, spiderman, spider man 3, spider man, share pictures of spiderman 3, spiderman, spider man 3, spider man, share video of spiderman 3, spiderman, spider man 3, spider man, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar